Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Projek agih makanan diteruskan

    Oleh Ak Zaki Kasharan & Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Brunei Darussalam telah memulakan Projek Sadaqah Kotak Makanan Sungkai di bulan Ramadan, kelmarin, dengan Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop sebagai masjid pertama yang menerima agihan pek makanan.

    Sementara itu, hari ini, projek berkenaan diteruskan di Masjid Kampung Batu Marang.

    Inisiatif Dapur Komuniti Bergerak Badan Bertindak Bantuan Kemanusiaan PBSM Negara Brunei Darussalam merupakan kerjasama daripada rakan korporatnya iaitu Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Setia Protective Security Services (SPSS), Ashcore Sdn Bhd dan Ababil Resources.

    Hadir bagi turut sama mengedarkan pek makanan pada kedua-dua hari projek berkenaan ialah Presiden PBSM Brunei Darussalam, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussof bin Pengiran Haji Bahar bersama wakil-wakil BIBD selaku penyumbang pek makanan tersebut.

    Pek makanan yang mengandungi nasi briyani ayam, kurma dan air mineral itu disediakan oleh Royal Brunei Culinary (RBC) dan akan diedarkan sepanjang bulan Ramadan di beberapa buah masjid terpilih di seluruh negara.

    Agihan diberikan kepada penduduk di sekitar kawasan masjid terpilih, golongan kurang berkemampuan, pekerja asing dan jemaah masjid yang berkunjung ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta berbuka puasa di masjid.

    Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussof ketika mengagihkan sedekah kepada salah seorang penerima di Masjid Kampung Batu Marang, kelmarin.
    Salah seorang ahli PBSM Brunei ketika mengagihkan sedekah di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...