Projek air China gembirakan Afrika

HARARE – Projek penggerudian gerek dibiayai China menyediakan talian hayat kepada komuniti di Afrika di mana akses mudah kepada air minuman yang bersih dan selamat kekal sebagai cabaran bagi sebahagian penduduk di benua itu.

Di Zimbabwe selatan Afrika, kerajaan China melalui agensi bantuan asingnya di bawah nama China Aid telah menggali 1,000 lubang gerek di enam wilayah negara itu untuk mengurangkan cabaran air di kebanyakan kawasan luar bandar.

Gergasi pembinaan dan kejuruteraan China, Jiangxi International Economic and Technical Cooperation Co., Ltd. (CJIC) telah menerima kontrak untuk menjalankan projek penggerudian susulan kerjasama dua hala antara Zimbabwe dan China sejak 2012.

Dalam usaha untuk mena-matkan cabaran air di Rwanda di timur Afrika, China Geo-Engineering Corporation (CGC) juga telah memulakan latihan pembinaan lubang gerudi untuk mengurangkan cabaran air di bahagian timur negara itu. CGC memfokuskan pembinaan infrastruktur.

Sehingga kini, projek di Rwanda telah berjaya menggerudi 150 telaga di bahagian berlainan di timur Rwanda dengan kemajuan kerja keseluruhan kira-kira 75 peratus, menurut Chen Jinke, ketua pasukan teknikal projek tersebut. Sebelum pembinaan lubang gerek itu, penduduk pernah menghadapi kekurangan akses kepada air selamat untuk kegunaan isi rumah dan ternakan mereka.

Tetapi terima kasih kepada bantuan yang diberikan oleh China, kesengsaraan air kini menjadi perkara lalu di Zimbabwe dan Rwanda.

Lobunkosi Malila, Kaunselor Wad 4 di kampung Lumene di daerah Gwanda, Matabeleland wilayah selatan Zimbabwe, berkata sebelum penggerudian gerek oleh China Aid di kampungnya, penduduk pernah berkongsi kolam air dengan lembu dan ternakan lain. – Xinhua

Pekerja beroperasi di projek lubang gerek di Rugarama, daerah Ngoma. – Xinhua