Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Projek Amal di pedalaman Daerah Belait

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan PEMBELA

    BELAIT, 25 APRIL – Persatuan PEMBELA dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS); Batalion Ketiga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kementerian Pertahanan; dan Jabatan Daerah Belait telah mengadakan beberapa projek berkebajikan selama tiga hari di kawasan pedalaman daerah ini.

    Bermula 23 April lalu, Projek Mahabbah Ihsan 4.0 dan Tholabul ‘Ilmi 4.0 itu berfungsi sebagai platform bagi orang awam, kumpulan-kumpulan masyarakat dan syarikat tempatan untuk menghulurkan sumbangan dan membantu mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya yang tinggal di kawasan pendalaman Belait, yang mana kedua-dua projek telah dilaksanakan setiap tahun sejak 2020.

    Projek Tholabul ‘Ilmi 4.0 menyaksikan Kumpulan Syarikat-syarikat Mashhor menyumbangkan beberapa perabot termasuk kerusi dan meja bagi kegunaan pelajar di kawasan berkenaan, dengan bantuan kenderaan-kenderaan pacuan empat roda dari Batalion Ketiga ABDB.

    Hadir menyerahkan perabot-perabot berkenaan kepada persatuan tersebut ialah Ketua Pembangunan Perniagaan dan Pengurus Kumpulan Syarikat-syarikat Mashhor, Haji Malai Ahmad Faris bin Dr Haji Malai Abdul Hamid dan diterima oleh Presiden PEMBELA, Dayang Atikah Rumaizah binti Dr Haji Awang Harun.

    Sebanyak 100 meja belajar dan 86 kerusi disumbangkan oleh syarikat tersebut yang diagih-agihkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan, kebanyakannya tinggal di Kampung Labi, Kampung Merangking, Kampung Sukang, dan Kampung Melilas.

    Persatuan tersebut mengambil masa dua hari, 23 April dan hari ini, untuk melaksanakan penghantaran meja dan kerusi berkenaan.

    Sementara itu, projek Mahabbah Ihsan 4.0 juga menyaksikan Kumpulan Amal Jariah menyumbangkan 500 karton air mineral untuk penduduk di Kampung Sukang dan Kampung Me-lilas yang memerlukan air minum bersih kerana kedua-dua kampung tersebut terletak di kawasan terpencil Belait.

    Hadir menyerahkan sumbangan air itu kepada PEMBELA ialah Ketua Kumpulan Amal Jariah, Datin Hajah Misnah binti Haji Mohd Daud dan diterima oleh Naib Presiden PEMBELA, Awang Muhd Noor Hazwan bin Abdul Rahman.

    Gambar ramai bersama meja dan kerusi yang disumbangkan oleh Kumpulan Syarikat Mashhor.
    Anggota ABDB membantu mengangkat air mineral yang disumbangkan oleh Kumpulan Amal Jariah untuk penduduk Kampung Sukang dan Kampung Melilas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...