Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

Projek Amal Jiwaku Ikhlas di Sekolah PGGMB

Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Projek Amal Jiwaku Ikhlas merebut peluang membantu masyarakat terutamanya golongan yang memerlukan di bulan Ramadan bulan yang penuh berkat ini.

Projek edisi ke-13 berkenaan membantu anak-anak yatim di Sekolah Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB), Kampung Sungai Akar dan diselajurkan dengan majlis khatam Al-Quran untuk 35 orang guru dan kakitangan sekolah.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis di sekolah itu ialah Pengetua Sekolah PGGMB, Kampung Sungai Akar, Haji Ali @ Mustapha bin Haji Talip.

Turut hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Iran ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Homeira Rigi Zirouki.

Edisi kali ini telah menyerahkan sumbangan daripada Kris Karmila Kreations Co, Krispy Krunchiez dan orang awam berupa makanan asasi dan snek Hari Raya, pakaian, pelitup muka, beras, air mineral, kek pastri dan wang tunai.

Pihak Jiwaku Ikhlas juga telah menyerahkan 35 kotak derma yang termasuk seperti pelitup muka, makanan, minuman dan kurma kepada peserta-peserta khatam Al-Quran.

PYT Homeira Rigi Zirouki bergambar ramai bersama salah seorang anak yatim yang menerima sumbangan.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -