Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek arca jalanan memenuhi Kotabaru, Yogyakarta

    KOTABARU – Mereka yang berpeluang untuk berkunjung ke kawasan kotabaru di Yogyakarta akan dapat melihat pelbagai jenis patung yang mempunyai bermacam-macam bentuk.

    Projek arca ini bertujuan untuk menghiasi lagi kawasan warisan Kotabaru itu malah patung-patung ini merupakan sebahagian daripada pameran seni jalanan dan akan berlangsung selama tiga bulan. Seni jalanan ini dipanggil sebagai Projek Arca Jalan Raya 2017 dan akan diadakan pada 10 Januari ini di Kotabaru.

    Dianggarkan sebanyak 54 karya seni akan dipamerkan yang mana telah dihasilkan oleh 50 ahli Persatuan Pemahat Indonesia (API). “Dalam usaha kami untuk menjayakan pameran ini, kami telah menjemput tiga pengukir asing iaitu dari negeri Thailand, Jepun dan Pulau Reunion untuk mengambil bahagian dalam menjayakan lagi pameran ini,” kata Hedi Hariyanto, pengerusi jawatankuasa penganjur pameran tersebut.

    Acara yang pertama kali diadakan pada tahun 2015, menggunakan tema ‘Jogjatopia’ pada tahun ini. Hedi berkata bahawa Kotabaru dipilih sebagai lokasi pilihan disebabkan oleh kerumitan landskap, sejarah dan perkembangan sosial serta ekonomi wilayah berkenaan. “Kesemua karya yang dipaparkan dan dicipta adalah untuk membebaskan kerumitan itu,” tambah Hedi kepada wartawan The Jakarta Post. Salah satu karya seni yang dipamerkan ialah Lakuning Urip Angga Deri (Path of Life) dan akan dijangka mampu memberikan respons yang menggalakkan.

    Kebanyakan seni ini akan diletakkan berdekatan dengan kawasan utara Jambatan Gondolayu di JL. “Usaha ini merupakan satu respons terhadap beberapa program Sego Segawe yang telah dilancarkan oleh pemerintah Yogyakarta pada tahun 2008 untuk mempromosikan penggunaan basikal sebagai cara utama pengangkutan utama. Justeru, ada sesetengah arca merupakan reka bentuk basikal vintaj untuk menyokong lagi program itu,” kata salah seorang penggiat seni, Sudirman kepada wartawan media.

    Dianggarkan sebanyak 54 karya seni akan dipamerkan yang telah dihasilkan oleh seramai 50 ahli Persatuan Pemahat Indonesia (API).
    Usaha ini merupakan satu respons terhadap beberapa program Sego Segawe yang telah dilancarkan oleh pemerintah Yogyakarta pada tahun 2008 untuk mempromosikan penggunaan basikal sebagai cara utama pengangkutan utama.

    Berbentuk tiga dimensi

    Salah seorang pengukir seni, Angga berkata bahawa kebanyakan arca itu adalah berbentuk visual tiga dimensi dan lebih banyak kepada menjurus mengenai program berbasikal.

    “Selain menjadi sarana pengangkutan yang tidak mencemarkan dan menimbulkan trafik yang teruk, motosikal telah menjadi ikon utama kota Yogyakarta,” tambah Angga lagi kepada media.

    Manakala bagi pengukir seni yang lain seperti Hilman Syafriadi, Dunadi dan Suparman turut memberikan respons terhadap isu alam sekitar.

    Karya seni Hilman bertajuk ‘Unity’ mempamerkan sebuah bangunan bulat yang terdiri daripada basikal kanak-kanak dan paip besi, diletakkan di dalam sebuah bangunan The Angkringan Code Culinary.

    Manakala, karya Dunadi yang bertajuk ‘Infinity’ lebih merujuk kepada pembinaan besi yang terdiri daripada basikal kecil dan bertujuan untuk membangkitkan lagi banyak kenangan terhadap berbasikal di bandaraya Yogyakarta.

    “Pada hari ini, berbasikal sudah dipinggirkan dan telah digantikan dengan motosikal,” tambah Dunadi lagi kepada media.

    Ketiga-tiga pengukir seni ini sebenarnya ingin menyuarakan kebimbangan mereka mengenai trend berbasikal yang semakin menghilang secara beransur-ansur di Yogyakarta yang mana sebelum ini, kota ini terkenal sebagai sebuah kota basikal.

    Pada hari ini, kebimbangan terhadap peningkatan kenderaan bermotor semakin tinggi dan semakin berada di tahap yang membimbangkan.

    “Lebih-lebih lagi sekarang, saya merasakan kota ini gagal untuk memberikan kemudahan kepada penunggang basikal seperti tempat letak basikal,” tambah Suparman lagi kepada media.

    Seni dan masyarakat

    Peralihan gaya hidup rakyat di mana mereka mula mengabaikan warisan budaya Yogyakarta, para pengukir, Yulhendri telah mula membuat satu arca seni yang bertajuk ‘Kuat’.

    Trend berbasikal semakin menghilang secara beransur-ansur di Yogyakarta yang mana sebelum ini, kota ini terkenal sebagai sebuah kota basikal.

    Dipamerkan di hadapan sebuah restoran Angkringan Kobar berdekatan dengan Dewan Sukan Kridosono, ‘Kuat’ menggambarkan sekumpulan penduduk yang berjuang untuk menjaga dinding rumah daripada runtuh dan mereka ini mewakili seni untuk mengekalkan nilai-nilai budaya yang mana kini dianggap sebagai ketinggalan zaman.

    “Seni ini merupakan mesej untuk generasi muda untuk terus memelihara warisan sejarah, kebudayaan dan tradisional bukannya memusnahkan mereka,” tambah Yulhendri lagi kepada media.

    Manakala, beberapa seni akan diletakkan berdekatan dengan restoran McDonald’s di Kotabaru dan seni yang dibuat oleh Yani Mariani adalah di antara seni yang akan diletakkan di kawasan itu. Diberikan tajuk sebagai Maicayang Teges, arca berbentuk ovoid itu kelihatan seperti sekeping buah yang telah dihiris menjadi beberapa potong.

    “Bahagian yang dipisahkan saling memberikan makna antara satu dengan yang lain, memberikan harapan untuk perpaduan atau kebersamaan,” kata Yani kepada media.

    Mengikut pengerusi API, Anusapati, pameran tahunan ini merupakan salah satu program yang paling terkenal dan berkemungkinan besar, pameran ini akan diadakan dua kali dalam setahun.

    “Tahun ini, pameran ini menyentuh mengenai budaya warisan bandar Yogyakarta. Pada masa yang akan datang, kami akan bertindak balas terhadap aspek lain yang boleh ditonjolkan,” kata Anusapati kepada media dan menambah bahawa pameran ini akan dapat menjemput lebih ramai pengukir seni antarabangsa yang terkenal.

    Selain itu, pameran Jojatopia ini ini bertujuan untuk mempromosikan beberapa isu-isu seperti pluralisme, konfik dan konteks, komersialisme dan kapitalisme, aspirasi penduduk dan banyak lagi. Selain karya-karya seni yang disebutkan sebelum ini, beberapa karya kreatif juga dipamerkan di pameran itu seperti berus gergasi yang bersandar di sebuah pagar rumah di Jalan Faridan Muridan Noto.

    Di bawah berus itu, terpapar jalur berwarna-warni, seperti pelangi sekali gus mewarnai lagi keindahan bandar Kotabaru.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda