Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Projek Bekalan Air Kanowit Fasa 2 siap hujung tahun

    SIBU, 2 MAC – Projek Bekalan Air Kanowit Fasa Dua dekat sini sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap penghujung tahun ini, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi.

    Dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak dengan kos sekitar RM63.5 juta, projek berimpak tinggi melibatkan pembinaan paip air dari Loji

    Rawatan Air Lembaga Air Sibu di Jalan Salim ke daerah Kanowit itu dijangka dapat menyelesaikan isu bekalan air dihadapi di Kanowit, Nibong Tada, Machan dan Sibu Jaya.

    “Di samping menambah baik sistem bekalan air sedia ada, projek ini dijangka melonjakkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat dan memberi kualiti kehidupan lebih baik kepada penduduk di Kanowit, Nibong Tada, Machan dan Sibu Jaya,” katanya selepas melawat projek itu hari ini.

    Skop kerja merangkumi pemasangan saluran paip air pelbagai saiz dari loji itu ke Kanowit termasuk penyambungan saluran paip air ke sistem yang sedia ada di kawasan Sibu Jaya, pembinaan stesen pam penggalak di Durin dan pembinaan tangki air di Bukong Jagoi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...