Projek ‘Edward Gostaning’ ditunda ke 8 Disember

KOTA KINABALU, 17 JUN – Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu secara mengundur oleh Edward Taning, 59, atau Projek Edward Gostaning (Summit Kinabalu Jasamu Dikenang) yang dijadualkan berlangsung 5 Jun lepas ditunda buat kali kedua ke 8 Dis depan, kata penyelaras projek Richard Soibi.

Beliau berkata, kali pertama projek itu ditunda adalah pada 8 Mac, yang berpunca daripada kelewatan mendapatkan kelulusan daripada daripada Pesuruhjaya Polis Sabah, manakala pada kali dua, projek itu terpaksa ditunda kerana banyak persediaan tidak dapat dilakukan susulan penularan wabak COVID-19 dalam negara.

“Kali ini kita terpaksa menunda sekali lagi projek ini disebabkan penularan wabak COVID-19. Banyak persediaan projek tidak dapat laksanakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini. – Bernama