Projek GPS masih dikemaskini

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Projek rintis menggunakan teknologi GPS yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi melalui Jabatan Pengangkutan Darat yang telah dilaksanakan sebelum gelombang COVID-19, kini sedang dikemaskinikan.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof semasa menjawab pertanyaan media pada sidang media harian COVID-19 hari ini.

Menurutnya, projek rintis ini adalah untuk keselamatan jalan raya bagi kenderaan komersial yang mengkhusukan kepada amaran had laju.

“Projek rintis ini sedang berjalan dan JPD sedang membuat rumusan dan apa yang perlu, satu kaji selidik akan diadakan bagi tinjauan daripada segi penggunaan GPS,” tambahnya.