Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Projek IMPAK Ubaya-ubaya dibuka hingga 25 Mac

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 20 MAC – Bagi memupuk semangat keprihatinan sesama masyarakat yang memerlukan terutamanya golongan warga emas, Kumpulan Pergerakan Belia, Pusat Belia Tutong (IMPAK) dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan menganjurkan Projek IMPAK Ubaya-ubaya di Pusat Belia, Daerah Tutong bermula esok sehingga 25 Mac.

    Projek mengalu-alukan orang ramai untuk menghulurkan sumbang-an seikhlas hati terutamanya berupa peralatan kebersihan, kesihatan dan makanan bernutrisi bagi keperluan golongan warga emas yang kurang berkemampuan.

    Penerimaan sumbangan tersebut akan dibukakan dari 10 pagi hingga 3 petang pada Isnin hingga Khamis manakala pada Jumaat akan dijalankan dari 9 pagi hingga 11:30 pagi.

    Sehubungan itu, sebagai langkah-langkah mengawal penularan COVID, pihak penganjur menitikberatkan segala prosedur operasi standard (SOP) bagi semua yang terlibat termasuk pemakaian pelitup muka, mempunyai kod BruHealth berwarna hijau atau kuning serta mengimbas kod QR.

    Sumbangan juga hendaklah diserahkan secara tanpa sentuhan iaitu dengan meletakkan di tempat yang disediakan.

    Dengan adanya projek berkenaan, ia diharap mampu memperkasakan lagi nilai-nilai kemasyarakatan, kesukarelawanan dan kehidupan sihat lebih-lebih lagi dalam menghadapi krisis kesihatan.

    Di samping itu, ia juga sekali gus dapat mendidik seluruh lapisan masyarakat mengenai kepentingan kehidupan sihat dan memupuk semangat perpaduan belia untuk terus bergiat aktif dalam mencapai kecemerlangan dengan bermula di akar umbi.

    Kumpulan IMPAK dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan, KKBS akan menganjurkan Projek IMPAK Ubaya-Ubaya bertempat di Pusat Belia, Daerah Tutong bermula 21 sehingga 25 Mac.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...