Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Projek jet pejuang masa depan terima sambutan

    FARNBOROUGH, UNITED KINGDOM, 21 JULAI – Projek pesawat jet pejuang masa depan Britain, Tempest mendapat sambutan minggu ini dan telah melepasi halangan pertama pada Pertunjukan Udara Farnborough 2022, tetapi konsep saingannya dari Eropah, FCAS dalam keadaan tidak pasti.

    Perbelanjaan dalam pertahanan menjadi tajuk utama pada acara di Farnborough tahun ini, ketika negara-negara lain ingin memperkuatkan ketenteraan mereka berikutan dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    Tempest telah dilancarkan semasa acara Farnborough pada 2018, sebagai sebahagian daripada strategi udara tempur yang menjadi kebanggaan United Kingdom (UK).

    Syarikat pertahanan gergai, BAE System adalah salah satu ahli daripada Pasukan Tempest bersama kerajaan UK, Leonardo, pakar peluru berpandu Eropah MBDA dan pembuat enjin Britain, Rolls-Royce.

    Objektif mereka adalah untuk mencipta pesawat siluman enjin berkembar yang boleh dikawal oleh pemandu atau tidak, tidak dapat dikesan melalui radar, dan akan mempunyai ciri-ciri yang mengagumkan seperti senjata laser dan kokpit maya.

    Konsortium itu berharap untuk menghasilkan jet pejuang yang mampu bersambung pada ‘combat cloud’ dengan dronnya sendiri dan aset perang yang lainnya.

    Itali menyertai Pasukan Tempest pada 2019 dan diikuti dengan Sweden pada tahun lalu. – AFP

    Model jet pejuang yang dipamerkan semasa acara Pertunjukan Udara Farnborough di Farnborough. –AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...