Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek kembangkan kreativiti pelajar

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Dalam usaha untuk mengembangkan tahap kreativiti dalam bidang peniagaan, projek ‘Gemilang Aesthetics’, sebuah program Pra Vokasional, telah dilancarkan di Sekolah Menengah Menglait (SMM), baru-baru ini.

    Pelancaran projek tersebut telah disempurnakan oleh Pengetua SMM, Awang Osman bin Rajap pada majlis yang turut dihadiri oleh ibu bapa pelajar, pegawai dari Unit Akademik, Jabatan Sekolah-Sekolah dan Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan.

    Projek tersebut diketuai oleh seorang pelajar dari Universiti Brunei Darussalam yang sedang menjalani Program Jangkauan Komuniti (COP), Dayang Syazwani binti Salim. Dua orang pelajar autistik iaitu Dayang Hazirah Razanah binti Bahrin, pelajar Tahun 7 Gemilang dan Lee Danial Rumman bin Harris Victor Lee dari Tahun 8 Gemilang, telah ikut serta dalam mereka buku mewarna dan pelekat yang kini dijual menerusi laman media sosial Instagram mereka.

    Awang Osman bergambar ramai dengan pelajar-pelajar yang menyertai projek berkenaan. – Gambar serahan SM Menglait
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda