Sunday, March 26, 2023
24.5 C
Brunei

-

Projek kilang Tesla sedia lebih 5,000 pekerjaan

BANDARAYA MEXICO, 3 MAC – Pengeluar kenderaan elektrik Tesla menyasarkan untuk menyediakan 5,000 hingga 6,000 peluang pekerjaan dan menarik aliran pelaburan sehingga AS$5 bilion, menerusi projek pembinaan kilang di Mexico, lapor Xinhua.

Kementerian Luar Mexico, dalam satu kenyataan kelmarin, mengalu-alukan pengesahan syarikat itu bahawa kilang Tesla akan dibina di Santa Catarina, sebuah bandar di Nuevo Leon.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, kilang itu akan menyumbang kepada pengeluaran kereta elektrik dan membantu membangunkan teknologi untuk penyimpanan tenaga bersih.

Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador berkata kilang itu akan dibina berhampiran Monterrey, ibu negeri Nuevo Leon dan projek berkenaan mewakili pelaburan ‘besar’ yang akan mewujudkan banyak pekerjaan. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -