Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Projek Neu Pendington bakal rancakkan pembangunan Pending

    KUCHING, 12 SEPT – Projek pembangunan bersepadu pertama di Sarawak, ‘Neu Pendington’  dilihat dapat merancakkan pembangunan di Pending yang merupakan sebuah kawasan strategik dan bakal dilengkapi kemudahan dan perkhidmatan asas.

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata lokasi projek ‘Neu Pendington’ hasil kerjasama UDA Holdings Berhad (UDA) sebuah syarikat pemaju hartanah, pengurusan aset, fasiliti dan perhotelan dengan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) yang dijangka siap sepenuhnya pada 2029 dan bakal menjadi antara hentian tren bagi projek Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di negeri ini kelak. 

    “Pending ini memang kita tahu kawasan yang agak strategik kerana berhadapan dengan Sungai Sarawak dan seberang kawasan Petra Jaya yang membangun… mengubah landskap dan dinamik kawasan ini ke arah pembangunan.  

    “Dari segi pengangkutan awam, salah satu stesennya adalah di Pendington. Nang nak lawan London kitak tok (Kita memang nak bersaing dengan London),” katanya di sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Pembangunan Usaha Sama antara SEDC dan UDA di tapak pembangunan Neu Pendington, di sini hari ini. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua, kanan) melihat model bangunan “Neu Pendington” yang bakal dibangunkan pada Majlis Pecah Tanah pembangunan bersama antara Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) dan UDA Holdings Berhad kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...