Wednesday, November 6, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek pelabuhan Chabahar India,Iran berjalan lancar

    NEW DELHI, 8 Ogos – Projek pembangun pelabuhan Chabahar di Iran iaitu projek bertujuan meningkatkan dagangan dengan negara Asia Tengah dan Afghanistan, menunjukkan perkembangan memberangsangkan, kata Menteri Pengangkutan Jalan Dan Lebuhraya India Nitin Gadkari.

    Beliau merangkap Menteri Perkapalan berkata, dalam satu perbincangan dengan pegawai Iran di Tehran, kedua-dua pihak mengulangi komitmen agar projek berkenaan dapat disiapkan serta beroperasi secepat mungkin.

    India Ports Global Private Limited (IPGPL), syarikat ditubuhkan pada Januari 2015, bertanggungjawab menguruskan terminal kontena pelbagai guna di Chabahar dan telah membuka pejabatnya di Tehran.

    India dan Iran menandatangani perjanjian pada Mei tahun lepas untuk membangunkan sebuah pelabuhan strategik di Teluk Oman.

    Di bawah perjanjian itu, India akan melengkapkan serta mengendalikan dua terminal selama tempoh pajakan 10 tahun manakala pemilikan peralatan dipindahkan ke Iran.

    Menurut laporan media baru-baru ini, syarikat barat enggan membekalkan peralatan penting bagi projek berkenaan kerana sekatan Amerika Syarikat terhadap Tehran namun IPGPL berjaya mengatasi masalah itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda