Projek PPR Seduan dipantau

SIBU, 17 SEPT – Pembinaan Prog-ram Perumahan Rakyat (PPR) Seduan di Sibu Jaya, kira-kira 25 kilometer di sini, akan dipantau secara langsung oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memastikan projek siap ikut jadual, kata Menterinya Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata ini kali pertama pembinaan PPR dipantau  TKSU yang mengetuai satu jawatankuasa khas.

“Kami sedang ‘membersihkan’ kementerian. Ini kali pertama kami laksanakan projek dengan cara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek itu hari ini. – Bernama