Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Projek tingkat kesedaran perubahan iklim

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Projek Pendidikan Alam Sekitar (EEP) bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim, tenaga boleh diperbaharui dan kenderaan elektrik (EV) di bawah Dasar Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam melalui pendidikan.

    Projek pendidikan menyaksikan penyertaan para pelajar dalam pelbagai aktiviti termasuk lawatan sambil belajar ke Tenaga Suria Brunei dan Makmal Tenaga Seria, bengkal dan ceramah mengenai alam sekitar, aktiviti membersihkan sungai dan penanaman pokok.

    Perkara itu dinyatakan oleh Pengasas Bersama Green Brunei, Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Penutup EEP di Mangrove Paradise Resort, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin.

    Dayang Khairunnisa turut berkata bahawa menerusi aktiviti yang disertai oleh para peserta secara fizikal, ia lebih meriah kerana mereka dapat lebih berinteraksi dan proaktif di mana ia merupakan pengalaman pembelajaran yang lebih baik untuk pelajar secara keseluruhan.

    Sementara itu, Sayaka Adachi yang merupakan wakil bagi Tadashi Hara, Perwakilan Negara Mitsubishi Corporation (Brunei Liaison Office), dalam ucapannya menyatakan bahawa selama tiga tahun berturut-turut, EEP telah menjadi pengalaman yang berjaya dan berharga untuk pelajar.

    Beliau turut mengongsi mengenai antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah projek berkenaan seperti sesi penanaman pokok pada September lalu di Hutan Simpanan Berakas, lawatan sambil belajar ke Tenaga Suria Brunei, Makmal Tenaga Seria dan lawatan Panel Suria Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) dan aktiviti membersihkan sungai yang diadakan dua kali di Kampong Ayer.

    Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati bergambar ramai bersama pemenang pertandingan melukis bagi kategori lelaki dan perempuan.– Gambar serahan Green Brunei
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...