Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Projek Tunas perkasa usahawan tempatan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – Ke arah usaha untuk memperkasakan penyediaan ruang niaga bagi para usahawan tempatan dalam meniti pengalaman perniagaan sebenar, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) mengalu-alukan orang ramai untuk mengunjungi dan menikmati pelbagai hasil produk usahawan tempatan menerusi Ruang Niaga Projek TUNAS bertempat di aras bawah, bangunan KHEDN.

    Projek melibatkan penyertaan empat vendor di bawah Program Pemerkasaan Keusahawanan di bawah BIBD dan KHEDN iaitu wakil-wakil peserta yang terpilih daripada BIBD Special Entrepreneurial Empowerment and Development Scheme (BIBD SEED), Gabungan Usahawan Transformasi 1K1P, Konsortium Mualafpreneurs, dan Usahawan Bakarih Yayasan.

    Projek itu adalah satu program keusahawanan melalui penyediaan ruang niaga bagi membolehkan usahawan mempraktikkan sejauh mana latihan yang diketengahkan oleh pihak BIBD dapat dimanfaatkan dalam urus niaga mereka demi mencapai kejayaan.

    Demi mencapai matlamat berkenaan, KHEDN telah menyediakan platform ruang niaga di sebahagian aras bawah kawasan dalam bangunan kementerian sebagai inkubator perkembangan perniagaan kepada usahawan-usahawan di bawah kerjasama Whole of Nation Approach pihak kerajaan dan BIBD menerusi pelbagai program pembangunan keusahawanan.

    Menerusi projek itu, ruang niaga berkenaan dijadikan kayu pengukur dan eksperimen berniaga secara bersemuka setelah menjalani bengkel, seminar, kursus dan kelas keusahawanan secara teori kepada kegiatan perniagaan yang sebenar.

    Sehubungan itu, orang ramai bolehlah mengunjungi ruang niaga setiap hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula jam 7:30 pagi hingga 3 petang. Antara produk yang diketengahkan termasuk juga produk kraf tangan seperti anyaman dan pertukangan kayu dan sebagainya.

    Antara usahawan yang menyertai Ruang Niaga Projek TUNAS di aras bawah, bangunan KHEDN, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...