Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Projek wujud persekitaran hijau

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Sebagai inisiatif untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang hijau, bersih, sihat dan selamat, Sekolah Sukan telah melaksanakan aktiviti Projek House Gardens yang berlangsung di halaman bangunan utama sekolah tersebut di Kampung Pulaie, Jalan Kebangsaan Berakas, hari ini.

    Majlis penyerahan sistem hidroponik telah disempurnakan oleh Ketua Pusat Kerjasama Sains Teknologi dan Alam Sekitar (STEP), Kementerian Pendidikan, Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim.

    Terdahulu, kerja-kerja penanaman dan penghiasan tanam-tanaman rumah telah dilaksanakan oleh guru, kakitangan dan pelajar sekolah berkenaan.

    Seramai 21 orang guru, jurulatih dan kakitangan telah mengikuti kursus hidroponik dengan memberikan tunjuk ajar mengenai kaedah penanaman menggunakan sistem hidroponik kepada pelajar-pelajar berkenaan.

    Sistem hidroponik itu merupakan salah satu kerjasama antara Pusat STEP dan Sekolah Sukan dalam usaha untuk menjayakan aktiviti inisiatif Projek House Gardens.

    Aktiviti tersebut merupakan aktiviti hijau sekolah mengikut dasar Inisiatif Sekolah Hijau – Ruangan Sekolah Hijau supaya dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang hijau dan bersih dengan tumbuhan.

    Hajah Suriani semasa menyempurnakan penyerahan set sistem hidroponik di halaman bangunan utama Sekolah Sukan.
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...