Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jan – Sambutan Tahun Baru Cina merupakan masa bagi ahli keluarga untuk berkumpul dan sama-sama meraikan sambutan berkenaan.
Sehubungan itu, Bank Baiduri sedang bekerjasama dengan lima buah restoran utama untuk menawarkan penjimatan sebanyak 30 peratus apabila pemegang kad Baiduri menikmati dan membuat pembayaran menggunakan kad Platinum atau Infinite Baiduri mereka semasa tempoh promosi dijalankan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, restoran-restoran yang menyertai promosi berkenaan adalah Restoran All Seasons di Times Square, Freshco, Parkview Hotel dan KBSentral, Emperor’s Court di Manggis Mall, Restoran GK di Jerudong dan Sungai Hanching, Restoran Vanda Chinese di Hotel Orchid Garden serta Yi Yuan Ting Fine Dining di Batu Bersurat.
Kenyataan itu menjelaskan lagi bahawa tempoh promosi Makan Tahun Baru Cina itu adalah untuk dua tarikh sahaja iaitu pada malam Tahun Baru Cina, 27 Januari dan pada hari terakhir Tahun Baru Cina (Chap Goh Mei) iaitu 11 Februari.
Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai syarat serta terma promosi berkenaan, mereka boleh melayari laman sesawang Bank Baiduri di www.baiduri.com di bawah bahagian promosi atau melalui aplikasi mudah alih Bank Baiduri, Baiduri Deals.