Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Promosi cara hidup sihat

    Oleh Ampuan Irma Susanti Ampuan Hussain

     

    TEMBURONG, 11 April – Bahagian Promosi Kesihatan Mulut, Jabatan Perkhidmatan Pergigian meneruskan lagi aktiviti mempromosi cara hidup sihat, ‘Ceramah Pendidikan Kesihatan Mulut dan Tunjuk Ajar Memberus Gigi’ di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta, di sini.

    Baru-baru ini, seramai enam orang jururawat termasuk seorang doktor pergigian dari jabatan berkenaan telah mengendalikan aktiviti tersebut di Sekolah Pai Yuek, Temburong bagi murid-murid Darjah pra hingga Tahun 6, sebagai aktiviti tahunan mereka.

    Aktiviti termasuk ceramah-ceramah pergigian dan kesihatan mulut, tunjuk ajar cara memberus gigi dengan betul, ceramah diet dan pengenalan gigi.

    Salah seorang jururawat pergigian, Hajah Norlaila binti Haji Tuah, ketika ditemu bual menyatakan, setiap sekolah memang mempunyai klinik pergigiannya sendiri tetapi Unit Promosi Kesihatan Gigi akan terus bergerak aktif ke sekolah-sekolah termasuk sekolah-sekolah rendah dan agama di keempat-empat daerah dari semasa ke semasa, bagi mempromosikan kesihatan mulut dalam kalangan murid-murid sekolah.

    Murid-murid Sekolah Pai Yuek yang menyertai aktiviti itu.
    Murid-murid Sekolah Pai Yuek yang menyertai aktiviti itu.
    Aktiviti memberus gigi secara beramai-ramai.
    Aktiviti memberus gigi secara beramai-ramai.

    Ia bertujuan untuk memberikan pendidikan dan melatih kanak-kanak mengenai kaedah pemberusan gigi yang betul dan berkesan di samping memberikan nasihat dan motivasi kepada mereka untuk mengamalkannya bukan saja di rumah malahan di sekolah setiap hari selepas minum waktu rehat.

    Beliau juga menambah, setiap kanak-kanak dinasihatkan untuk memakai ubat gigi orang dewasa kerana ia mempunyai kandungan fluorida yang tinggi 1100-1450 ppm berbanding ubat gigi kanak-kanak yang pelbagai perisa.

    Di akhir acara, kanak-kanak diberikan peluang untuk bergambar menggunakan peralatan pergigian yang disediakan bagi menarik minat kanak-kanak untuk mengambil berat tentang kesihatan gigi mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda