Wednesday, October 5, 2022
24.9 C
Brunei

Promosi Exciting Adventures Await berakhir

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Dengan berakhirnya promosi Exciting Adventures Await, Bank Baiduri telah mengadakan majlis penyampaian hadiah di atrium ibu pejabatnya di Jalan Gadong, hari ini.

Majlis menyaksikan Ong Huey Jiuan memenangi hadiah utama berupa 500,000 Royal Skies miles diikuti oleh Chong Kui Chen di tempat kedua yang pulang dengan 300,000 Royal Skies miles dan Hii Moi Nah di tempat ketiga dengan 100,000 Royal Skies miles.

Sementara itu, empat pelanggan bertuah lainnya menerima hadiah sagu hati berupa 50,000 Royal Skies miles. Manakala seorang lagi pelanggan menerima hadiah sagu hati berupa naik taraf sehala kepada kelas perniagaan (di Asia Tenggara).

Hadir menyampaikan hadiah ialah Ketua Perbankan Runcit, Bank Baiduri, Lim Kian Chiong; Ketua Perniagaan Kad, Bank Baiduri, Davern Lim dan Pengurus Program Kesetiaan, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), April Galera Chu.

Kempen yang dianjurkan dengan kerjasama RB itu berjalan dari 27 Mei hingga 31 Julai lalu di mana pelanggan yang berbelanja pada jumlah minimum menggunakan kad Visa RB oleh Bank Baiduri berpeluang memenangi sehingga 500,000 Royal Skies miles.

Lim Kian Chiong, ketika bercakap mengenai promosi itu berkata, “Kami berbesar hati untuk memberi ganjaran kepada pemegang kad Visa RB kami kerana mereka memperoleh Royal Skies miles, membawa mereka lebih dekat ke destinasi impian selepas berehat panjang”.

Sesi bergambar ramai bersama para pemenang promosi Exciting Adventures Await.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

3 maut, 20 hilang bot Rohingya karam

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 4 OKT - Tiga maut manakala hampir 20 lagi hilang selepas bot yang membawa kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Benggala...
- Advertisment -