Oleh Hajah Saemah Kepli
KUALA BELAIT, 12 Feb – Sebagai penghargaan kepada pelanggan-pelanggan dalam berbagai-bagai sambutan yang diadakan, Restoran Buccaneer, di sini, terus membuat promosi termasuklah promosi Makan Malam Istimewa Kasih Sayang pada 14 Februari ini.
Promosi untuk empat jenis sajian untuk dua orang pada harga istimewa itu diadakan untuk sehari saja bermula dari pukul 6 petang hingga 10:30 malam di restoran stik itu.
Restoran tersebut yang menyediakan sajian menu ala Barat itu memang terus menjadi kegemaran ramai dan untuk itu, pemiliknya, sentiasa mahu memberikan kepuasan kepada pelanggannya yang berkunjung dan makan malam di sana bersama pasangan atau ahli keluarga mereka.
Di samping itu, bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi tahun 2017, restoran berkenaan juga akan menawarkan diskaun 33 peratus bagi sajian ala Carte pada 23 hingga 28 Februari.
Selain itu, pelanggan-pelanggannya yang meraikan sambutan ulang tahun dan makan malam di restoran itu turut mendapat diskaun 30 peratus, tiga hari sebelum dan tiga hari selepas tarikh hari ulang tahun mereka.
Untuk menu makan malam istimewa pada 14 Februari ini, Restoran Bucceneer menyajikan hidangan Sup Labu Kuning istimewa, udang karang kukus, stik kambing dan daging di samping hidangan pencuci mulut daripada kacang merah dan keju, serta buah anggur beku.
Pelanggan yang tidak mahu ketinggalan mendapatkan promosi-promosi yang ditawarkan boleh membuat tempahan lebih awal sebelum tarikh-tarikh berkenaan.