Promosi jualan kereta demo BMW

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – QAF Auto bersama rakan kongsi, Sejalin akan mengadakan promosi jualan kereta demonstrasi BMW bermula 8 sehingga 9 Ogos ini di Bilik Pameran BMW di Beribi.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan mengunjungi Bilik Pameran BMW bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran eksklusif dan kereta-kereta yang ditawarkan dalam promosi ini.

Sepanjang promosi itu juga, QAF Auto akan memberikan diskaun ke atas produk-produk terpilih Bang & Olufsen dan hadiah sagu hati kepada para pelanggan.

Sementara itu, bagi pelanggan yang menguji pandu atau menempah kereta pada tempoh tersebut sehingga 22 Ogos, berpeluang memenangi hamper barangan Beoplay H4 Generasi ke-2, botol tumbler BMW dan barangan menarik lainnya.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai promosi ini bolehlah menghubungi QAF Auto.

QAF Auto bersama Sejalin mengendalikan jualan kereta demonstrasi BMW di Bilik Pameran BMW bermula hari ini. – Gambar serahan Qaf Auto