Promosi Jualan Privasi BMW

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN,14 SEPT – QAF Auto selaku pengedar tunggal kenderaan BMW di negara ini telah mengadakan Promosi Jualan Privasi dengan menawarkan pelbagai barisan model BMW di bilik pamerannya di Beribi.

Promosi yang berlangsung dari 11 hingga 20 September itu bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Orang ramai yang berminat adalah dialu-alukan hadir untuk mendapatkan sifar peratus kadar faedah sewa beli sehingga tujuh tahun.

Mereka yang berminat juga boleh mendapatkan kereta BMW dengan harga sewa beli istimewa untuk BMW terpilih seperti BMW 1 Series, 3 Series, 4 Series, X1, X5 dan X6.

Untuk maklumat lebih lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi QAF Auto atau mengunjungi ke Bilik Pameran BMW, Beribi.

QAF Auto mengadakan Promosi Jualan Privasi di bilik pamerannya di Beribi.