Promosi kepentingan seni dalam masyarakat

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Kaleidoscope Studio dan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Negara Brunei Darussalam telah mengumumkan senarai para pemenang Pertandingan Seni Norma Baharu BN (The New Normal BN Art Competition) yang diadakan dari Mei hingga Jun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar AS, di sini, hari ini, menyatakan bahawa pertandingan yang dibiayai menerusi Program Small Grant US Embassy itu menyokong projek kebudayaan dan kesenian tempatan dengan menggalakkan daya kreativiti pelbagai kumpulan umur untuk merakamkan detik unik serta pengalaman semasa pandemik global yang sedang dilalui ini.

Para pemenang pertandingan akan menerima hadiah wang tunai, di mana muncul tempat pertama bagi tema Duduk di Rumah/Penjarakan Sosial untuk kumpulan umur 19 tahun dan ke atas ialah Yeo Ying Siu, diikuti Richard Chin di tempat kedua dan Awang Muhd Hamizan bin Mohd Nor Iman di tempat ketiga. Bagi kumpulan umur 11 tahun dan ke atas, tempat pertama dimenangi oleh Zhi Min Lim diikuti oleh FRAYER di tempat kedua dan Awang Mohd Khairul Aziman bin Haji Awang Zamady di tempat ketiga.

Bagi tema Penjagaan Diri/Kesihatan dan Kebersihan, untuk kumpulan umur 19 tahun dan ke atas, tempat pertama dimenangi Lu Shir Mao, tempat kedua Dayang Nur’Izzati binti Haji Abu Bakar dan tempat ketiga Lim Jia Ying. Manakala itu, untuk kumpulan umur 11 tahun dan ke atas ialah Louis Malik selaku pemenang pertama, Chloe Yung Hui Syan sebagai pemenang tempat kedua dan Raven Liu Jia Wen di tempat ketiga. Para pemenang bagi tema Keseimbangan Manusia dan Alam Semula jadi untuk kumpulan umur 19 tahun dan ke atas ialah Dayang Maziyah Yussof selaku pemenang pertama, Dayang Khairunnasibah binti Haji Abdullah di tempat kedua dan Armuba di tempat ketiga. Sementara itu, untuk kumpulan umur 11 tahun dan ke atas, tempat pertama dimenangi Dayang Siti Najwa binti Shamsul, tempat kedua Jon Angelo D. Pagulayan dan tempat ketiga Zhi Min Lim.

Antara lukisan pemenang Pertandingan Seni Norma Baharu BN. – Gambar serahan Kedutaan Besar AS di Brunei