Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Promosi kerjasama industri pengeluaran ASEAN

    Oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 APRIL – Presiden Interim Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Brunei Darussalam (NCCIBD), Haji Abdul Saman bin Haji Ahmad berharap untuk bekerjasama rapat dengan rakan ahli-ahli Rangkaian Pengeluaran ASEAN (AMN).

    Beliau melahirkan harapannya itu semasa pertemuan secara maya, hari ini, di mana Negara Brunei Darussalam juga diwakili oleh Timbalan Presiden NCCIBD, Malcolm Lim dan Timbalan Setiausaha Agung, Haji Abdul Halim bin Haji Saim.

    Pertemuan secara maya itu mengetengahkan mengenai pandemik COVID-19 yang berfungsi sebagai amaran mengenai keperluan bagi integrasi lebih meluas di ASEAN, untuk melihat pilihan lebih dekat untuk memendekkan rantaian bekalan dan meningkatkan kehampiran dengan pelanggan.

    ASEAN sebagai kelompok ekonomi yang kompetitif patut mengambil kelebihan ini untuk mengagihkan titik pengeluaran berdasarkan kepada kos, kemahiran dan daya saing di seluruh ASEAN.

    AMN adalah platform perangkaian bagi persatuan-persatuan berkaitan pengeluaran dan perdagangan di ASEAN untuk bekerjasama bagi menstrukturkan semula rangkaian-rangkaian pengeluaran serantau.

    Objektif-objektifnya adalah untuk berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan kerjasama dan penyelarasan dalam kalangan persatuan berkaitan pengeluaran di ASEAN serta menyokong dan mewakili kepentingan industri pengeluaran di ASEAN pada forum-forum serantau dan antarabangsa.

    Ia juga merumuskan dan membangunkan cadangan-cadangan mengenai langkah untuk memastikan bekalan mapan bagi barangan yang dihasilkan pada peringkat kebangsaan dan serantau serta memulakan, mengkomunikasikan dan bekerjasama terhadap program-program, rancangan dan projek untuk menstrukturkan semula rangkaian pengeluaran serantau demi merangsang perdagangan dan pelaburan dalam serantau.

    Di samping itu, ia juga mempromosikan hubungan dan kerjasama lebih rapat antara par pengeluar di rantau ini dengan organisasi-organisasi serantau dan antarabangsa lain yang mempunyai matlamat dan objektif yang sama.

    Pertemuan AMN seterusnya akan diadakan secara bersemuka di Kemboja sebelum Mesyuarat Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ABAC) lewat tahun ini.

    Haji Abdul Saman bersama ahli-ahli Rangkaian Pengeluaran ASEAN (AMN) semasa pertemuan secara maya kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...