Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Promosi kesihatan, kesejahteraan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Kemunculan COVID-19 telah mengejutkan masyarakat, sistem kesihatan dan ekonomi di seluruh dunia dan di sebalik ketidakpastian itu, pandemik berkenaan juga telah meletakkan harapan yang amat tinggi kepada para pemimpin dunia untuk membuat keputusan mengenai cara terbaik bagi mengurus kesan dan akibatnya, iaitu satu keputusan yang akhirnya akan membentuk kehidupan kita dalam pelbagai cara.

    “Dengan banyak negara sedang bergerak menuju ke arah endemik, kesan jangka panjang daripada pandemik itu, kini sedang dinilai dan difahami. Dan dengan itu, kesan jangka panjang terhadap kesihatan dan kesejahteraan masih ditemui,” sabda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah semasa Perasmian Persidangan Isu-isu Global Borneo Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB BGIC) ke-18 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, kelmarin.

    Oleh itu, sabda Yang Teramat Mulia, selaku Penaung Diraja ISB BGIC, adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap ahli masyarakat untuk mengambil bahagian, mengikut kemampuan masing-masing dalam menjaga kesihatan yang baik dan kesejahteraan semua orang di sekeliling kita.

    “Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk mempertimbangkan kesan pandemik pada semua peringkat masyarakat dan juga belajar daripada pandemik COVID-19, supaya kita boleh lebih bersedia untuk masa depan, dengan menghasilkan penyelesaian yang praktikal dan adil bagi memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan untuk semua orang.

    Yang Teramat Mulia bersabda lagi, tidak diragukan, kita semua akan mendapat manfaat daripada hubungan rapat kerjasama antara kerajaan (intergovernmental) dan sektor awam-swasta, dalam usaha kita untuk secara bersama mengatasi masalah cabaran global yang semakin meningkat.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menyempurnakan perasmian Persidangan Isu-isu Global Borneo Sekolah Antarabangsa Brunei ke-18 baru-baru ini.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan dijunjung menyaksikan petak pameran Brunei LNG.

    “Daripada apa yang kita lihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, peranan yang dimainkan oleh para belia melalui kerja sukarela adalah amat diperlukan dan setiap darinya adalah sangat bernilai untuk mengatasi mana-mana kesusahan yang telah dan akan kita hadapi pada masa hadapan.”

    Oleh itu, sabda Yang Teramat Mulia, adalah penting untuk kita melibatkan belia sebagai agen perubahan masa depan bagi pembangunan dan kemajuan rakyat dan negara tercinta, Brunei Darussalam.

    Menurut Yang Teramat Mulia, ISB BGIC menyediakan platform bagi anak muda tempatan untuk mencontohi pemimpin dunia dalam menghasilkan resolusi bagi mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan untuk semua, mengurangkan jurang antarabangsa dan mengurangkan kesan negatif COVID-19 ketika dunia beransur pulih dan berusaha bagi membina semula dengan lebih baik.

    “Kita semua seharusnya berasa amat berbangga kerana mengambil berat dan menyumbang kepada persidangan pimpinan pelajar ini. Kita semua menjalankan peranan ma-sing-masing dalam pelaburan sosial selain menunjukkan tanggungjawab sosial dalam memupuk suara dan tindakan belia.” Yang Teramat Mulia turut bersabda, “Saya sangat gembira melihat semua orang menjalankan usaha untuk menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan bekerja secara kolaboratif.

    “Saya menyeru perwakilan muda kita untuk mengambil contoh teladan para pemimpin ASEAN dan pemimpin masyarakat, suarakan pendapat awda, namun tetap berfikiran terbuka semasa perbahasan jawatankuasa. Luangkan masa untuk mempertimbangkan idea yang berbeza dan keadaan orang lain,” sabdanya lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...