Promosi keunikan budaya Brunei, Indonesia

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Dalam usaha memperkenalkan keunikan budaya Brunei dan Indonesia, Persatuan Puteri Seni Budaya buat julung-julung kalinya telah mengadakan Aneka Warna Kebudayaan, baru-baru ini.

Hadir menyaksikan acara tersebut ialah tetamu-tetamu khas iaitu Yang Dimuliakan Pehin Datu Juragan Laila Diraja Kolonel (B) Dato Seri Pahlawan Haji Kefli bin Orang Kaya Laila Setia Haji Razali dan Koordinator Fungsi Sosial Budaya Kedutaan Besar Republik Indonesia, Conakry Marsono.

Persembahan tersebut disertai oleh yang di-pertua persatuan tersebut, Dayang
Susylawati binti Abdul Rahman dan timbalannya, Zai Ibrahim.

Program antara lain bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara rakyat Brunei dan Indonesia yang berada di negara ini, selain dapat menyatukan masyarakat dari kedua buah negara.

Antara budaya Brunei yang diketengahkan pada acara berkenaan.