Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Promosi kopi istimewa Indonesia

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Lebih 100 orang jemputan khas menghadiri aktiviti promosi kopi Indonesia yang julung kalinya diadakan anjuran Kedutaan Besar Republik Indonesia yang berlangsung di kedutaan berkenaan, kelmarin.

    Dengan tema ‘Kupiku, Indonesiaku’, aktiviti berkenaan bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai jenis kopi istimewa dari pelbagai wilayah di Indonesia.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko dalam ucapan perasmiannya berkata, pada masa ini, budaya minum kopi di Brunei terus berkembang, sehingga perniagaan kafe juga semakin banyak ditemui.

    “Atas sebab ini, diharapkan aktiviti ini dapat menggalakkan kerjasama perniagaan antara penggemar perniagaan kopi Brunei dengan pembekal atau roastery dari Indonesia,” tambah beliau.

    Acara itu dihadiri oleh para pegawai kerajaan, ahli diplomatik, ahli perniagaan yang mengimport produk Indonesia, pemilik kafe di Brunei, media, pempengaruh dan belia.

    TYT Dr Sujatmiko semasa menghadiri aktiviti promosi kopi yang diadakan di Kedutaan Indonesia baru-baru ini.

    Acara dimulakan dengan sesi bual bicara yang dihoskan oleh pakar kopi Brunei yang juga tenaga pengajar barista, M Fadhil Abu bakar yang mengongsikan tentang rasa unggul kopi Indonesia. Kemudian, acara diteruskan dengan persembahan Kopi Khop khas Aceh yang menyajikan kopi terbalik oleh The Cafe, serta sesi merasa kopi, kedua-duanya dibancuh secara manual atau dengan mesin espresso.

    Kedutaan Indonesia menjemput enam kafe tempatan untuk turut serta mempromosikan kopi Indonesia dalam sesi merasa kopi.

    Jenis kopi yang dipromosikan termasuk Gayo Arabica, Toba Aek Raja, Kamojang Honey Anaerob, Ijen Yellow Cattura, Bali Sudana, Toraja Kalosi, Malabar Cibercek, Fruit Bomb Puntang, yang dihasilkan oleh kafe dan kedai roastery kopi terpilih di Indonesia termasuk Philocoffee, Coffee Peluru, Madbottle, Commongrounds, Skynine, Mandiri Kopi dan Persatuan Kopi Khas Indonesia (AKSI).

    Bagi memeriahkan lagi acara berkenaan, pelbagai aktiviti juga telah disusun seperti persembahan Tarian Pendet, Tarian Indang dan muzik karaoke, sambil menikmati kopi. Makanan ala Indonesia turut disajikan iaitu laksa, kek lapis ubi kayu berwarna-warni, bebola keju pisang, lemper dan martabak telur.

    Acara ditutup dengan persembahan menari bersama, dan setiap tetamu dapat membawa pulang contoh kopi dari Indonesia.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...