Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Hotel Radisson Brunei Darussalam kini sedang mengadakan promosi makanan Timur Tengah dengan mengetengahkan seorang cef yang memenangi anugerah dari Radisson Blu Deira Creek Dubai, Cef Rabee Amer.
Promosi di Tasek Brasserie itu telah bermula kelmarin dan antara hidangan yang dihidangkan pada bufet makan malam termasuk Mezze (Hummus, Baba Ganoush, Fattoush, Tabbouleh, Labneh, roti pita), Live Shawarma, Lamb Ouzi (dimasak secara perlahan yang dihidangkan di atas nasi), Qatayef (dumpling manis) dan banyak lagi.
Pelanggan akan mendapat diskaun eksklusif 20 peratus apabila menggunakan kad kredit atau debit Baiduri. Di samping itu, ahli Royal Skies juga berhak mendapat potongan sebanyak 10 peratus semasa tempoh promosi makanan ini.
Pengurus Besar Hotel Radisson Brunei, Jerome van Helden dipetik menyatakan penghargaan kepada rakan kongsi, Bank Baiduri yang memberi sokongan berterusan untuk menawarkan peluang kepada para tetamu untuk menikmati masakan autentik yang terbaik.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) atas penajaan hadiah besar cabutan bertuah menarik berupa tiket pergi balik ke Dubai,” tambah beliau dalam kenyataan yang diberikan.
