Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Restoran Millenium yang terkenal dengan hidangan makanan Barat ketika ini mengadakan Promosi ‘Malam Minggu Carvery’.
Malam Minggu Carvery menyajikan pelbagai hidangan istimewa yang jarang sekali dalam penyediaan harian restoran tersebut. Hidangan-hidangan terbaru seperti ayam Turkey bakar, daging Cuberoll bakar, paha kambing bakar boleh dinikmati secara bergilir-gilir kerana disediakan secara bufet. Hidangan-hidangan ini disertakan dengan sup krim brokoli dan keju.
Selain itu, pelanggan boleh memilih hidangan bersama sayur gril, ubi bakar dengan herba, Lunguine bersama makanan laut dan saus tomato. Promosi tersebut hanya boleh dinikmati pada malam Jumaat dan Sabtu sahaja dibuka dari jam 7 malam hingga 10 malam.
Pemegang kad kredit dan debit Bank Baiduri akan menerima 10 peratus potongan harga.
