Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Promosi Malaysia sebagai destinasi percutian

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Lyna Mohamad

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Tourism Malaysia tidak ketinggalan menyertai Pesta Pelancongan Brunei Sabre yang berlangsung dua hari bermula kelmarin di Pusat Membeli-belah OneCity.

    Pelancaran pavilion Tourism Malaysia semasa pesta berkenaan telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah dengan diiringi oleh Pengerusi Sabre Travel Network Brunei Sdn Bhd, Kapten Sabirin bin Haji Abdul Hamid.

    Menyertai pavilion Tourism Malaysia Brunei adalah agensi-agensi Malaysia lain iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia Healthcare Travel Council, Hotel Tiara Labuan, Melaka River Cruise, Ming Garden Hotel & Residences dan Malaysia Aviation Group.

    Di samping itu, Lembaga Pelancongan Negeri dari Sabah dan Sarawak turut mengambil bahagian.

    Untuk meningkatkan bilangan pengunjung bercuti, Tourism Malaysia bekerja-sama dengan Darussalam Holdings Sdn Bhd, Freme Travel Services Sdn Bhd, Pan Bright Travel Services, Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd dan Southern Cross Travel dalam perkongsian pintar untuk mempromosikan Malaysia sebagai pilihan destinasi percutian.

    Kerjasama itu tepat pada masanya kerana sekatan sempadan antarabangsa telah ditarik balik.

    Sepanjang pesta pelancongan itu, pengunjung telah dilayan dengan demonstrasi menghias tiffin yang dilukis dengan tangan oleh Req Craft dan Deco yang didatangkan dari Melaka.

    Malaysia telah menetapkan sasaran 9.2 juta ketibaan pelancong antarabangsa tahun ini dan RM26.8 bilion dalam kutipan di mana sebelum wabak COVID-19, negara itu menerima 1,216,123 ketibaan pelancong dari Brunei pada 2019, diikuti 136,020 pada 2020 dan 773 pada 2021.

    TYT Dato’ Raja Reza dan Kapten Sabirin menyempurnakan pelancaran pavilion Tourism Malaysia pada acara yang berlangsung di Pusat Membeli-belah OneCity.
    TYT Dato’ Raja Reza dan Kapten Sabirin semasa mengunjungi pesta yang diadakan di Pusat Membeli-belah OneCity.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...