Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Promosi manfaat penggunaan standard

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Dengan bermatlamat untuk me-ningkatkan kesedaran mengenai amalan terbaik dengan mempromosikan pentingnya dan manfaat penggunaan standard, Pusat Standard Kebangsaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) dengan sokongan International Organization for Standardization (ISO) mengadakan Webinar mengenai Manfaat Standard, secara maya selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 April lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MOFE, di sini, webinar itu juga bermatlamat untuk memastikan keberkesanan dan kemapanan dalam organisasi menerusi pematuhan standard sambil memenuhi keperluan antarabangsa serta juga untuk mengukuhkan kerjasama dan kolaborasi dalam kalangan pihak-pihak yang berkepentingan mengenai pembangunan standard dalam menyokong usaha memudahkan perdagangan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap (Industri) di MOFE, Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani.

    Dalam kata alu-aluannya, Pengiran Hajah Zety Sufina mengambil maklum sokongan daripada ASEAN dan rakan-rakan dialognya menerusi peranan ASEAN Consultative Committee on Standards and Quality (ACCSQ) dan ISO dalam pembangunan serta pelaksanaan standard yang akan membantu untuk menangani halangan teknikal kepada perdagangan ke arah memudahkan akses pasaran dan menjana lebih banyak peluang
    perdagangan.

    Semasa webinar itu, Pengerusi ke ACCSQ, Pengiran Suridah binti Pengiran Haji Sulaiman dan Setiausaha Agung ISO, Sergio Mujica turut menyampaikan ulasan mereka melalui rakaman video.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Pusat Standards Kebangsaan, MOFE, Allen On.

    Webinar itu telah dihadiri oleh pelbagai peserta daripada agensi-agensi kerajaan, pengawal selia, perdagangan kebangsaan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

    Ia berakhir dengan sesi panel perbincangan dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

    Pengiran Hajah Zety Sufina hadir selaku tetamu kehormat pada webinar berkenaan. – Gambar serahan MOFE
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...