Promosi minum petang di Rizqun Coffee House

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Rizqun Coffee House telah memperkenalkan promosi set menu minum petang terbaharunya iaitu Rizqun Delight English Hi-Tea yang hanya boleh dinikmati setiap Sabtu dan Ahad serta semasa kelepasan awam sahaja.

Apa yang menarik dengan promosi yang telah bermula minggu lalu di Reading Room, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong itu, setiap set menu pelanggan adalah tanpa had, mereka boleh menambah apabila perlu. Set menu minum petang berkenaan adalah sangat sesuai untuk ahli perniagaan dan dibukakan kepada orang ramai.

Antara menu yang dipromosikan ialah Free Range Egg Mayo with Fetta Cheese, Smoked Norwegian Salmon with Herbs Cream Sauce, Melted Cheese Beef Rasher, Smoked Salmon with Whole Meal Bread, Egg and Curry with Charcoal Bread, Home Baked Chicken with Soft Roll, Assorted Mini Cakes, Scone and Cream, Assorted Fruits Tartles, Prawn Tapas dan banyak lagi. Untuk barisan kek pula disediakan Assorted Mini Cake, Scone & Cream/Jam, Chocolate Mousse, Asparagus Tempura with Curry Mayonnaise dan assorted Canapes.

Antara hidangan yang disajikan dalam promosi minum petang di Rizqun Coffee House.