BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jan – Bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina, pakar-pakar masakan MyTown telah menyediakan tiga hidangan istimewa terbaru yang boleh dijamu ketika ini hingga 20 Februari depan.
Hidangan-hidangan yang boleh didapati di MyTown Eating House, Bandar Seri Begawan dan MyTown Kitchen di Kuala Belait ini menyajikan hidangan Crystal Lamb iaitu masakan daging bahu kambing yang dipadankan dengan sos kristal buatan sendiri MyTown serta salad segar sebagai hidangan sampingan.
Selain itu, MyTown juga memperkenalkan hidangan BBQ Chicken & Wok Fried Beef Curry yang boleh dijamu ketika makan tengah hari dan makan malam di mana hidangan tersebut menyajikan masakan ayam barbeku ala Cina yang berwarna merah, digabungkan dengan nasi putih dan daging kari yang diinspirasikan dari Malaysia.
Sementara itu, MyTown juga telah menyediakan hidangan yang diinspirasikan dari sejarah Kapal Harta Karun Cina, digelar Treasure Boat yang menyajikan hidangan wantan goreng dengan sos keju buatan sendiri bersama Golden Monkey Shrimp Crackers.
Dalam tambahan, MyTown juga memperkenalkan hidangan pastri lazat digelar ‘Ong Lai’ dalam Bahasa Hokkien dan Kantonis yang bermaksud ‘Tibanya kemakmuran’, hidangan ini adalah mesti didapati dalam mana-mana musim perayaan. Dengan bahan-bahannya dipilih secara teliti oleh cef pastri iaitu Tat Nanas dihidangkan dalam keadaan sempurna.
“Dengan Sambutan Tahun Baru Cina kini semakin dekat, kami percaya pelanggan-pelanggan setia kami ingin menikmati hidangan istimewa dan meraikannya dengan nilai hebat untuk menggembirakan cita rasa mereka,” Pengurus Perhubungan Awam MyTown, Awangku Addeni bin Pengiran Tajuddin dipetik sebagai berkata.
Dalam kesempatan itu, Awangku Addeni juga ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina buat semua pelanggan mereka yang menyambut sambutan tersebut.
































