Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Promosi pelbagaikan portfolio pelaburan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Dalam usahanya untuk menggalakkan lagi pelanggan dan pelabur untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka, Bank Baiduri telah melancarkan Promosi Broaden your financial horizons.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, di sini, hari ini, promosi itu telah bermula kelmarin dan akan berjalan sehingga lewat Mei depan di mana ia membolehkan pelanggan-pelanggan yang berkelayakan untuk mendapatkan kadar faedah 1.20 peratus setahun bagi simpanan tetap 12 bulan dengan Bank Baiduri apabila melabur dengan jumlah yang setara dalam unit amanah.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa pelanggan-pelanggan yang ingin menyertai tawaran simpanan tetap menarik itu dikehendaki untuk melabur dalam mana-mana unit amanah yang ditawarkan melalui Bank Baiduri dan cawangan Baiduri Capital.

    Unit amanah berkenaan, jelas kenyataan, diuruskan oleh syarikat-syarikat pengurusan dana utama termasuk Allianz Global Investors, Blackrock, Franklin Templeton, Lion Global Investors, Manulife, Neuberger Berman, Philip Capital dan UOB Asset Management.

    Ketua Perbankan Runcit Bank Baiduri, Lim Kian Chiong dipetik berkata bahawa promosi itu menggalakkan pelabur-pelabur untuk bermula memikirkan mengenai bagaimana mereka dapat mempelbagaikan portfolio mereka yang sedia ada dan meneroka ke dalam produk-produk pelaburan dan simpanan lain yang ditawarkan oleh bank, bergantung pada profil risiko, latar belakang dan peringkat hidup masing-masing.

    Beliau berkata lagi bahawa dengan promosi itu, mereka berharap untuk menggalakkan pelanggan khususnya mereka yang mempunyai akaun simpanan dan akaun simpanan tetap dengan bank itu untuk mempertimbangkan produk-produk pelaburan lain dengan horizon pelaburan yang lebih panjang untuk mengambil langkah seterusnya dalam mempelbagaikan serta mengembangkan portfolio mereka.

    “Kami mengalu-alukan pelanggan kami untuk bercakap dengan pengurus-pengurus hubungan dan perancang-perancang kewangan berlesen kami untuk mengkaji semula matlamat kewangan mereka dan untuk membantu mereka untuk membuat keputusan yang lebih baik berdasarkan kepada selera risiko dan profil risiko peribadi masing-masing.”

    Beliau berkata bahawa dengan mempunyai perbincangan itu, pelanggan-pelanggan mereka boleh mengetahui dengan lebih dekat mengenai barisan perkhidmatan dan produk komprehensif yang sesuai bagi matlamat pelaburan mereka dalam perjalanan mereka untuk mengembangkan harta mereka bagi jangka panjang.

    Bagi terma dan syarat penuh promosi berkenaan, boleh diperoleh di laman sesawang Bank Baiduri.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...