Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Promosi pembangunan usahawan teknologi tempatan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Jabatan In-Country Value (ICV), Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), dengan sokongan Makmal Inovasi Brunei (BIL) mengadakan Forum ICV bagi Teknologi Maklumat (IT) dan Pendigitalan secara maya, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BSP, di sini, hari ini, acara itu dirasmikan oleh Pengurus Korporat BSP, Haji Mohd Jaafar bin Haji Awang Bakar dan telah dihadiri oleh lebih 30 buah syarikat IT tempatan termasuk syarikat-syarikat permulaan dan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi seperti Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Politeknik Brunei (PB), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan yang lain.

    Kenyataan menyatakan bahawa turut menghadiri acara itu ialah Pengarah ICV di Kementerian Tenaga, Romeo Wee Edong dan Ketua Pegawai Eksekutif Darussalam Enterprise (DARe), Javed Ahmed.

    Forum ICV bagi IT dan Pendigitalan adalah sebuah siri acara yang bermula pada lewat 2020 dengan objektif untuk mengenal pasti bakat-bakat berpotensi dalam industri IT tempatan.

    Inisiatif itu bermatlamat untuk membina kolaborasi baharu dengan syarikat-syarikat IT tempatan dan untuk mempromosi pembangunan usahawan teknologi tempatan. Sebagai satu hasil daripadanya, sehingga hari ini, BSP telah menandatangani perjanjian rangka kerja IT dengan lima buah perusahaan kecil dan sederhana tempatan di mana dua daripadanya adalah syarikat-syarikat i-Usahawan.

    Haji Mohd Jaafar bersama hadirin lain pada Forum ICV bagi Teknologi Maklumat (IT) dan Pendigitalan yang diadakan secara maya, kelmarin. – Gambar serahan BSP

    Pengurus ICV BSP, Hajah Rosita binti Haji Hassan dalam kata alu-aluannya berkata bahawa impak pandemik COVID-19 dan peningkatan Industri 4.0 telah menjana cabaran dan peluang untuk menjadi lebih kreatif dalam cara bagaimana menyelesaikan masalah.

    Beliau menambah bahawa beberapa sesi merangka peluang mengenai IT dan pendigitalan telah diadakan pada 2021 dan hasil daripadanya, 10 domain teknologi telah dikenal pasti sebagai mempunyai kepentingan signifikan kepada negara.

    Hajah Rosita juga mengongsi bahawa BIL akan bertindak sebagai nukleus untuk menggerakkan ekosistem bagi pembangunan itu dengan usahawan IT sebagai nadi kepada ekosistem berkenaan iaitu untuk menjana penyelesaian bagi menyelesaikan masalah dunia sebenar bukan sahaja bagi Brunei tetapi juga untuk pasaran global.

    Dalam forum itu, mereka yang menghadiri berpeluang untuk mempelajari mengenai industri minyak dan gas serta juga proses tender dan pendaftaran syarikat BSJV serta keperluan supaya dapat menyertai aktiviti perniagaan dalam BSJV.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa DARe, Shell LiveWIRE Brunei, Pejabat Harta Intelek Brunei (BruIPO), Jana Kapital Sdn Bhd dan BIL juga menyampaikan pelbagai program keusahawanan dan inisiatif termasuk bootcamp dan kelas pakar yang terdapat bagi syarikat-syarikat tempatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...