Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Promosi sempena pembukaan cawangan baharu

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Bagi memberi ganjaran kepada para pelanggannya, Bank Baiduri bersama dengan Grand dan Pasar Gourmet sedang menjalankan promosi yang bermula pada hari ini sehingga pertengahan bulan depan.

    Para pelanggan yang mengunjungi dan berbelanja di Grand dan Pasar Gourmet cawangan Jerudong berpeluang memenangi pelbagai baucar dan hadiah yang ditawarkan.

    Sementara itu, sebanyak 10 pemegang kad Baiduri yang bertuah, yang berbelanja di Pasar Gourmet cawangan Jerudong sepanjang tempoh promosi, akan dipilih secara rawak sebagai pemenang.

    Menurut Ketua Perbankan Runcit, Bank Baiduri, Lim Kian Chiong, promosi berkenaan adalah peluang yang baik untuk mengalu-alukan pelanggan Bank Baiduri ke cawangan terbaharu Grand dan Pasar Gourmet di Jerudong, yang menawarkan pusat sehenti yang mudah bagi pembeli yang mencari barangan rumah.

    “Grand dan Pasar Gourmet baru sahaja membuka cawangan baharu pada Disember tahun lalu dan promosi ini menawarkan banyak peluang kepada pelanggan kami untuk mengunjungi lokasi baharu tersebut dan bukan sahaja bagi membuat persediaan sempena bulan puasa, bahkan persediaan untuk perayaan Hari Raya yang akan datang.”

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...