Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Promosi sempena pembukaan semula cawangan Guardian

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Guardian Brunei membuka semula cawangan mereka di Centrepoint, Gadong dengan wajah baharu, hari ini.

    Cawangan berkenaan telah menjalani pengubahsuaian lengkap mengikut konsep kedai baharu mereka.

    Bagi meraikan pembukaan semula cawangan berkenaan, Guardian menawarkan beberapa promosi eksklusif antaranya beli satu percuma satu untuk produk tertentu, potongan harga dan sebagainya.

    Di samping itu, Guardian juga menawarkan hadiah percuma berupa Kinohimitsu Royal Sweet Potato Sachet dan bertih jagung sementara stok masih ada dan kempen cabutan bertuah yang menawarkan peluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Semua promosi dan cabutan bertuah akan berakhir pada pertengahan Januari depan.

    Kakitangan Guardian bergambar ramai di cawangan Centrepoint yang baru dibuka semula, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...