Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Promosi Shell V-Power tampil Koleksi BMW M Motorsports

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM), kelmarin telah melancarkan promosi Shell V-Power yang menampilkan Koleksi BMW M Motorsports di semua stesen minyak Shell V-Power.

    Dengan koleksi terbaharu itu, pelanggan akan berpeluang mendapatkan koleksi BMW M Motorsports yang menampilkan warisan sukan permotoran yang cemerlang dan melambangkan prestasi tinggi.

    Media tempatan telah dijemput oleh BSM bagi penjelasan lebih lanjut mengenai promosi berkenaan, di ibu pejabatnya di Bangunan PGGMB, di ibu negara.

    Pegawai Kecemerlangan Pelanggan BSM, Awang Waliyuddini Zaini menjelaskan bahawa koleksi berkenaan boleh didapati dalam versi alat kawalan jauh dan terdapat enam koleksi model yang akan dikeluarkan setiap Isnin.

    Kenderaan itu boleh dikawal dengan memuat turun aplikasi Shell Racing menerusi Apple Store atau Android Playstore dan hanya sambungkan bateri kawalan jauh Bluetooth untuk mula bermain.

    Untuk setiap pembelian minimum Shell V-power Gasoline atau Shell V-Power Diesel, pelanggan berhak mendapat satu pelekat.

    Untuk membeli koleksi BMW M Motorsports, pelanggan hanya perlu mengumpul empat pelekat dan bayaran kecil untuk setiap kenderaan.

    Awang Waliyuddini memberikan penjelasan mengenai Koleksi BMW M Motorsports yang boleh didapati semasa promosi berkenaan. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...