Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Prosafe Engineering hulur bantuan sempena Ramadan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Sempena bulan Ramadan yang suci ini, Prosafe Engineering Company tidak ketinggalan memberikan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

    Sebanyak 10 buah keluarga telah menerima bantuan berkenaan yang berupa barang keperluan harian seperti makanan asasi yang telah disampaikan, hari ini.

    Menerusi sumbangan itu, Prosafe Engineering Company berharap dapat memberi kesedaran bahawa mereka yang kurang bernasib baik memerlukan pertolongan dan masyarakat harus bersama-sama memberikan bantuan pada bulan suci Ramadan dan sebagai persiapan untuk bulan Syawal yang akan datang.

    Dengan adanya sumbangan itu juga diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

    Wakil Prosafe menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima. – Gambar serahan Prosafe Engineering Company
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...