Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Proses kembalikan wakil Sabah, Sarawak dalam Ahli Lembaga LHDN akan dibentang

    KOTA KINABALU, 2 OKT – Proses mengembalikan wakil Sabah dan Sarawak sebagai Anggota Lembaga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan dibentang dalam Dewan Rakyat yang akan bersidang pada 9 Oktober hingga 30 November ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagi mengemukakan perkara tersebut, Rang Undang-Undang (RUU) LHDN (Pindaan) 2023 akan dibentangkan.

    Beliau berkata pembentangan itu penting dalam usaha mengukuhkan proses tersebut menerusi perundangan, setelah pelantikan wakil daripada Sabah dan Sarawak sebagai Anggota Lembaga LHDN dilakukan secara pentadbiran sejak tahun lepas.

    “Kabinet Persekutuan pada 5 Jun lepas telah meluluskan (cadangan) untuk dilaksanakan pindaan kepada Akta LHDN melalui RUU tersebut bagi melantik wakil Sabah dan Sarawak sebagai Anggota Lembaga LHDN.

    “Kita tahu pentingnya kenapa (perlu) ada perwakilan (dari) Sabah dan Sarawak supaya Sabah dan Sarawak mempunyai akses kepada maklumat berkaitan dengan kutipan hasil untuk menuntut perkara-perkara lain, contohnya yang berkaitan dalam pemberian khas,” katanya. – Bernama

    Datuk Armizan ketika menghadiri program di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...