Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Proses pengundian perluasan kuasa Presiden Turki bermula

    ISTANBUL, 16 April – Pusat pengundian pertama pungutan suara yang menentang hebat perluasan kuasa Presiden Recep Tayyib Erdogan dibuka hari ini.

    Proses berkenaan dilihat sebagai persimpangan dalam sejarah moden negara itu.

    Pusat pengundian dibuka di Diyarbakir dan bandar lain di timur Turki pada jam 4 petang waktu tempatan, kata seorang wartawan AFP.

    Istanbul, Ankara dan bandar lain di seluruh negara akan bermula sejam kemudian iaitu pada jam 5 petang waktu tempatan.

    Dalam kejadian berlainan, Polis Turki kelmarin menahan seramai 49 ahli kumpulan Islamic State yang disyaki dan didakwa merancang ‘serangan sensasi’ di Istanbul tatkala pengundi pergi ke pemilihan hari ini atas perubahan perlembagaan yang dicadangkan, lapor media tempatan.

    Seorang wanita ketika melakukan undi dalam referendum perlembagaan terhadap perluasan kuasa presiden Turki di Ankara pada 16 April, 2017. – AFP
    Seorang wanita ketika melakukan undi dalam referendum perlembagaan terhadap perluasan kuasa presiden Turki di Ankara pada 16 April, 2017. – AFP

    The Hurriyet daily berkata, pasukan anti-keganasan telah bertindak dan menjalankan operasi selama seminggu di beberapa daerah di Istanbul.

    Seramai 41 warga asing adalah antara mereka yang ditahan, akhbar harian itu berkata sambil menambah suspek mempunyai hubungan dengan Abdulgadir Masharipov, militan IS yang menembak mati 39 orang di sebuah kelab malam di Istanbul pada Hari Tahun Baru dan telah ditangkap selepas 17 hari kejadian.

    Hurriyet melaporkan pada hari Jumaat kira-kira lima orang suspek telah ditahan di metropolis.

    IS telah mengarahkan militan untuk ‘menyerang polls’ di Turki melalui majalah dalam taliannya Rumiyah, menurut laporan media.

    Turki akan mengundi 18 pindaan perlembagaan dalam referendum yang dijadual hari ini. – AFP/Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda