Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Proses permohonan LPA dikemas kini

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Jabatan Buruh telah mengemaskinikan tatacara memproses permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA) termasuk pengesahan tempat tinggal pekerja asing di sektor swasta semasa fasa endemik ke arah memulihkan semula ekonomi negara khususnya dalam sektor sekuriti makanan, pembinaan serta runcit dan kedai makan.

    Jabatan Buruh dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan bahawa selaras dengan tujuan pihak kerajaan dalam memperbaiki serta mempercepatkan proses kemasukan pekerja asing, jabatan berkenaan telah menyelaras keperluan bagi permohonan baharu dan membaharui LPA seperti mempercepatkan dan menyelesaikan semua permohonan yang dihadapkan ke Jabatan Buruh bagi sektor-sektor yang terjejas disebabkan kekurangan tenaga kerja terutama sekali sektor yang dikategorikan penting (essential) dalam merangsang ekonomi negara.

    Jabatan tersebut turut menyatakan, penyelarasan yang dibuat ialah mengemas kini Borang Pengesahan Alamat seperti borang perakuan (declaration) majikan untuk mematuhi undang-undang, peraturan dan syarat-syarat yang digariskan oleh Jabatan Buruh.

    Perakuan itu memastikan majikan untuk bertanggungjawab dalam memberi perhatian terhadap kesejahteraan pekerja mereka dengan menyediakan tempat tinggal yang mempunyai keperluan asas seperti bekalan air, keluasan bilik tempat tinggal dan kebersihan.

    Ia juga menangguhkan sementara keperluan bagi majikan menghadapkan gambar keadaan rumah dan bilik pekerja serta keperluan mendapatkan pengesahan ke-tua kampung. Borang perakuan baharu itu boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.labour.gov.bn mulai 22 Mac lalu.

    Jabatan Buruh dalam kenyataannya lagi, memperingatkan para majikan bahawa sebarang pelanggaran syarat-syarat yang berkaitan dengan Perintah Pekerjaan 2009 atau akta dan peraturan-peraturan semasa pemeriksaan dan operasi dijalankan oleh Jabatan Buruh atau agensi-agensi penguatkuasaan akan diambil tindakan undang-undang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...