Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Proses upcycling bantu lestari alam sekitar

    Oleh Nurdiyanah R.

    Setiap manusia tidak akan pernah lari daripada arus kemodenan terutama berkaitan dengan fesyen.

    Tidak kiralah sama ada tua atau muda, lelaki atau perempuan pasti sentiasa mengikuti perkembangan dunia fesyen yang mewarnai kehidupan manusia di dunia ini.

    Kewujudan pelbagai fesyen semakin tidak dapat dipisahkan dalam memenuhi kehendak manusiawi yang sentiasa mengutamakan trend terkini. Namun sedarkah kita, berjuta-juta tan fabrik dan tekstil dibuang setiap tahun di seluruh dunia? Berkemungkinan besar, memang ramai yang terlepas pandang mengenai isu sisa fabrik dan tekstil yang dihasilkan ini yang semakin mengkhuatirkan untuk alam sekitar.

    Sememangnya proses biodegradasi fabrik dan tekstil itu boleh membebaskan metana iaitu gas rumah hijau yang merbahaya dan menjadi penyumbang utama pemanasan global.

    Antara langkah yang dapat dilakukan bagi mengurangkan pelepasan gas tersebut adalah dengan mengolah semula pakaian-pakaian terpakai melalui proses upcycling.

    Bayangkan dengan menggabungkan pakai- an terpakai dari jenis jean dan kain yang bercorak memanjang dengan warna hitam dan putih, kita boleh menghasilkan sepasang blaus wanita.
    Berjuta-juta tan fabrik dan tekstil dibuang setiap tahun di seluruh dunia yang semakin mengkhuatirkan untuk alam sekitar.
    Antara pakaian yang dibuat melalui proses upcycling.

    Mulalah dari sekarang!

    Penulis ingin membawa para pembaca untuk sama-sama meniti betapa indahnya idea untuk menerokai dunia fesyen mesra alam ini melalui proses upcycling dengan melibatkan pakaian-pakaian lama kita atau yang ingin dibuang tidak kira dari pelbagai jenis fabrik dan tekstil.

    Hal ini tidak lain hanya bagi meningkatkan kesedaran bersama untuk berusaha ke arah melestarikan alam sekitar.

    Oleh itu, sebelum kita memulakan proses upcycling tersebut, kita perlu melakukan proses pemilihan dan penyusunan warna dan jenis fabrik dan tekstil dari koleksi pakaian terpakai berkenaan yang telah dikumpulkan.

    Langkah seterusnya adalah pengasingan bahan-bahan dan pencantuman menjadi ciptaan pakaian baharu, di mana sesi dry cleaning perlu dilaksanakan terlebih dahulu agar kebersihannya terjamin.

    Kebiasaannya seseorang yang melakukan proses upcycling ini menggunakan dua kaedah iaitu menjahit secara manual dengan menggunakan tangan ataupun menggunakan mesin jahit.

    Nilai kreativiti amat penting dalam setiap seni rekaan yang dihasilkan. Oleh itu, setiap lebihan daripada helaian pakaian terpakai itu, akan sentiasa disimpan oleh penggiat seni karya untuk menghasilkan pakaian mengikut kesesuaian rekaan yang dirancang.

    Sebagai contoh, dengan menggabungkan pakaian terpakai dari jenis jean dan kain yang bercorak memanjang berwarna hitam dan putih, kita boleh menghasilkan rekaan baharu seperti sepasang blaus wanita. Selain itu, cantuman pakaian blaus wanita yang terdiri dari kain terbuang berwarna terang dengan campuran warna merah, biru dan putih boleh memberi keceriaan diserikan lagi dengan adanya kain sifon berwarna biru dari lebihan skirt di bahagian belakangnya.

    Tidak kurang juga hebatnya, jika kita menggunakan pakaian terpakai berasal dari kemeja lelaki menjadikannya sepasang blaus wanita dengan menggabungkan kain dari cara Melayu lelaki di bahagian bahu untuk memberi rekaan yang mempunyai keunikan yang sangat menarik.

    Justeru itu, kita sebagai penghuni di muka bumi dalam kehidupan seharian perlulah sentiasa memelihara kelestarian alam sekitar agar ia dapat dimanfaatkan secara berterusan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...