Prospek ASEAN+3 diramal cerah

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Rantau ASEAN+3, termasuk Negara Brunei Darussalam, dijangka tumbuh 5.2 peratus pada tahun 2017 dengan inflasi terkawal, di samping ketidakpastian dalam ekonomi global, menurut laporan yang diterbitkan oleh ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO).

ASEAN+3 Regional Economic Outlook (AREO) 2017 adalah penerbitan tahunan AMRO yang menilai prospek ekonomi dan kestabilan kewangan di 10 negara ASEAN, China (termasuk Hong Kong), Jepun dan Korea. Dalam edisi pertama ini, laporan ini juga mengandungi kajian tematik mengenai ekonomi serantau 20 tahun selepas krisis kewangan Asia (AFC).

Menurut laporan tersebut, pertumbuhan dua ekonomi terbesar di rantau, iaitu China dan Jepun, kekal stabil dan kukuh, dan akan mendorong pertumbuhan yang berterusan di rantau ini. Pasaran baru muncul serantau seperti Korea, ASEAN-5 (Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand) dan Vietnam tetap berdaya tahan di samping ketidakpastian di pasaran kewangan global, sementara negara-negara ASEAN yang masih membangun seperti Kemboja, Laos dan Myanmar terus tumbuh dan meraih manfaat dari integrasi serantau.

“Adalah menggalakkan untuk melihat ekonomi ASEAN+3 berdaya tahan menjelang tahun 2017,” kata Ketua Ekonomi AMRO, Dr. Hoe Ee Khor dalam satu kenyataan hari ini.

“Dalam persekitaran global pada masa ini, ekonomi serantau patut mengutamakan kestabilan kewangan sambil menjana pertumbuhan dengan menggunakan pelbagai dasar yang bersesuaian, termasuk dasar macroprudential dan reform structure.”

Dr. Hoe Ee Khor bercakap pada sidang media mengumumkan laporan ASEAN+3 Regional Economic Outlook (AREO) 2017.
Dr. Hoe Ee Khor bercakap pada sidang media mengumumkan laporan ASEAN+3 Regional Economic Outlook (AREO) 2017.

Laporan tersebut memberikan analisis mengenai momentum dan risiko pertumbuhan ekonomi serantau bagi tahun 2017. Pertumbuhan akan terus disokong oleh permintaan domestik dimana ekonomi-ekonomi diharapkan boleh meraih manfaat dari perdagangan serantau dan integrasi pelaburan.

Bagaimanapun, prospek ekonomi masih dibayangi ketidakpastian ekonomi global, termasuk perlindungan perdagangan yang meningkat, kondisi kewangan global yang ketat dan kenaikan inflasi.

Berbanding dengan tahun 2016, ruang bagi penggubalan dasar monetari dan fiskal semakin mengurang. Meskipun rizab pertukaran asing masih besar, risiko aliran model keluar dari rantau ini adalah tinggi disebabkan ketidakpastian dasar global.

Selain daripada prospek ekonomi serantau, laporan itu juga mencatatkan pengajaran dari tempoh 20 tahun selepas kejadian AFC.

AFC adalah peristiwa yang penting bagi ekonomi ASEAN+3 dimana ianya telah membentuk asas-asas dan trajektori pertumbuhan ekonomi dan integrasi serantau, serta perspektif penggubal dasar mengenai pengurusan dan penyelesaian krisis. Khususnya, AFC telah menekankan kepentingan bagi ahli-ahli ASEAN+3 untuk bersatu bagi mengadakan jaring keselamatan serantau (regional safety net) dan meningkatkan pemantauan ekonomi ke tahap yang lebih mantap.

Selepas dua puluh tahun, peristiwa AFC terus menghulurkan pengajaran bagi penggubal dasar untuk menjamin kestabilan ekonomi dan kewangan.

Dalam dekad pertama selepas kejutan AFC, pelaburan swasta dan aliran masuk modal bagi negara-negara yang dilanda krisis tersebut mengurang secara mengejut.

Seterusnya, untuk membina balik penampan dan asas untuk pertumbuhan ekonomi, ekonomi-ekonomi tergendala terpaksa membuat pengubahsuaian kepada dasar yang sukar, tapi diperlukan. Ini termasuk dasar penukaran matawang asing yang lebih fleksibel, pengukuhan posisi fiskal dan pembaharuan bagi sektor-sektor kewangan dan korporat.

Penyesuaian dasar dan pembaharuan telah membantu untuk meningkatkan asas ekonomi dan membolehkan rantau ini menghadapi krisis kewangan global (GFC). Selain daripada itu, keterbukaan ekonomi kepada perdagangan, pelaburan luar (FDI) dan aliran modal, ekonomi ASEAN+3 terus dapat meraih manfaat dari integrasi serantau dan perkembangan peranan negeri China dalam pembentukan global value chain di rantau ini.

Aliran kewangan di rantau ini juga semakin meningkat, dengan adanya negara Jepun meneruskan peranannya sebagai pemberi pinjaman dan pelabur utama di rantau ASEAN+3.

Rantau ini juga mengambil kesempatan dari aliran masuk modal selepas GFC bagi mengimbangkan semula sumber pertumbuhan, daripada didorong oleh eksport kepada permintaan domestik, sambil mengambil langkah untuk mengurangkan impak kepada kestabilan kewangan dengan dasar macroprudential.

Kini pada tahun 2017, ekonomi ASEAN+3 dicabar semula dengan peningkatan perlindungan perdagangan dan keadaan kewangan global yang semakin ketat. Rangka kerja dasar yang responsif harus dibentuk untuk menangani kejutan luar dan limpahan, menurut cadangan laporan tersebut.

Pembaharuan struktur juga disyorkan untuk menangani bottlenecks yang menghalang pertumbuhan, termasuk membiayai keperluan infrastruktur dan meningkatkan produktiviti pekerja.

“Dengan rangka kerja dasar domestik dan penampan yang kukuh masing-masing dan peningkatan dalam kerjasama dari segi kewangan serantau, ekonomi ASEAN+3 boleh meningkatkan daya tahan terhadap kejutan ekonomi dan mengekalkan pertumbuhan yang berterusan,” kata Dr. Khor.