Sunday, January 26, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Prospek bank Malaysia stabil

    KUALA LUMPUR, 18 Jun – Moody’s Investors Service menyatakan prospek bagi sistem perbankan Malaysia adalah stabil (A3 stabil) dalam tempoh 12-18 bulan akan datang disokong oleh keadaan makroekonomi yang kukuh dalam dan luar negara.

    Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Moody’s, Simon Chen, berkata dalam satu kenyataan hari ini, persekitaran itu memberi sokongan kepada bank-bank Malaysia di samping membantu menstabilkan kualiti aset dan keuntungan.

    Dalam masa yang sama, katanya, pertumbuhan pinjaman lebih pantas dijangkakan, kekal pada kadar yang lebih perlahan daripada pengekalan keuntungan bank-bank, yang membawa kepada penampan modal yang lebih kukuh.

    Rumusan Moody’s itu terkandung dalam laporannya yang baru dikeluarkan bagi bank-bank Malaysia bertajuk, “Robust Macro Conditions and Improving Capitalisation Support Stable Outlook,” dan dikarang oleh Chen.

    Prospek stabil itu adalah berdasarkan kepada penilaian Moody’s terhadap enam pemacu, iaitu persekitaran operasi (stabil), kualiti aset (stabil), modal (bertambah baik), pembiayaan dan mudah tunai (stabil), keuntungan dan kecekapan (stabil) dan sokongan kerajaan (stabil).

    Mengenai persekitaran operasi, Moody’s berkata meskipun keadaan makroekonomi yang terbukti kukuh, ketidaktentuan dasar memberi risiko dan mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia berkembang sebanyak 5.4 peratus pada 2018, dan pinjaman meningkat 6-7 peratus dalam tempoh yang sama.

    Penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan akan meningkatkan penggunaan swasta dan memberi manfaat kepada perniagaan tempatan dalam tempoh terdekat ini.

    Bagaimanapun, ketidakpastian mengenai perubahan dasar masa pada masa depan oleh kerajaan baharu akan mempengaruhi sentimen pelabur dan perniagaan sepanjang 2018. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda