Protes: 13 diberkas di Portland

PORTLAND, ORE, 18 OGOS – Polis menahan sekurang-kurangnya 13 orang dan merampas tiang logam, penyembur mata dan senjata lain kelmarin selepas beratus-ratus penunjuk perasaan dan penunjuk perasaan anti-fasis bertempur di pusat bandar Portland, Oregon.

Pihak berkuasa menutup jambatan dan jalan-jalan untuk cuba memisahkan kumpulan tersebut, tetapi kebanyakan mereka berjaya melaluinya.

“Ini adalah acara yang dinamik dengan para penunjuk perasaan sering bergerak dari satu bahagian bandar ke bandar yang lain,” kata Ted Wheeler pada sidang akhbar.

Pada awal petang kelmarin, kebanyakan daripada mereka telah meninggalkan kawasan itu melalui jambatan pusat bandar. Polis mengarahkan para pegawai menggunakan motosikal dan alat rusuhan seperti topi keledar hitam dan topeng untuk menangani perhimpunan tersebut.

Beratus-ratus penduduk tetap di pusat bandar berhimpun di jalan-jalan yang berdekatan dan terdapat pertengkaran sepanjang hari.

Polis mengisytiharkan perhimpunan yang diadakan berhampiran Pioneer Courthouse Square itu sebagai ‘gangguan sivil’ dan memberitahu orang ramai untuk bersurai.

Jurucakap polis Lt. Tina Jones berkata terdapat kira-kira 1,200 orang berhimpun di tepi jalan-jalan, tetapi bilangan itu menurun sepanjang hari itu. Enam orang mengalami kecederaan ringan.

Polis berkata mereka telah merampas senjata termasuk perisai, dari pelbagai kumpulan semasa mereka berkumpul di sepanjang Sungai Willamette.

Lebih 20 agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan, negeri dan persekutuan, termasuk FBI, berada di bandar itu untuk mengawal perhimpunan tersebut. – AP

Beratus-ratus orang berarak semasa protes di Tom McCall Waterfront Park kelmarin. Polis menahan sekurang-kurangnya 13 orang dan merampas tiang logam, penyembur mata dan senjata lainnya semasa perhimpunan tersebut. – AFP