Saturday, December 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Protes ekonomi cabaran baru Iran

    TEHRAN, Iran, 1 Jan – Gelombang protes spontan ke atas ekonomi lemah Iran merebak ke Tehran Sabtu lalu dengan pelajar kolej dan lain-lain melaung-laungkan slogan kepada pemerintah beberapa jam selepas penyokong kerajaan mengadakan perhimpunan.

    Demonstrasi itu muncul sebagai yang terbesar tercetus di Republik Islam itu sejak protes yang menyusul pemilihan presiden 2009 yang dipersoalkan di negara itu.

    Beribu-ribu orang turun ke jalan-jalan di bandar-bandar di seluruh Iran, bermula awal Khamis di Mashhad, bandar kedua terbesar di negara ini dan tapak suci bagi jemaah Syiah.

    Bantahan di ibu negara serta posting sokongan Presiden Donald Trump di Twitter telah menaikkan semangat mereka. Keadaan itu memaksa televisyen negara mengakui ia tidak melaporkannya atas nasihat daripada pegawai keselamatan.

    “Kumpulan penentang revolusi dan media asing terus berusaha untuk menyalahkan masalah ekonomi dan rakyat serta tuntutan mereka kepada perhimpunan haram dan mungkin huru-hara,” kata TV negara.

    Kumpulan pelajar Iran melancarkan protes di depan Universiti Iran gara-gara masalah ekonomi yang melanda negara dan disemarakkan lagi dengan sokongan Presiden Trump. – AFP

    Protes itu kelihatan dipicu oleh posting media sosial dan kenaikan harga bahan makanan asas seperti telur dan ayam. Pegawai dan media negara pada Sabtu berkata warga Iran mempunyai hak untuk membantah dan suara mereka mengenai isu-isu sosial juga berhak didengar.

    Bagaimanapun, para penunjuk perasaan di Tehran pada Sabtu mengucapkan tahniah kepada pegawai kerajaan berpangkat tinggi dan membuat kenyataan politik lain, menurut agensi berita separa rasmi Fars.

    Beratus-ratus pelajar dan lain-lain menyertai protes ekonomi terbaru di Universiti Tehran, dengan polis antirusuhan mengawal pintu sekolah sambil menutup jalan-jalan di sekitarnya.

    Video media sosial menunjukkan pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di beberapa kawasan. Sekurang-kurangnya 50 penunjuk perasaan telah ditangkap sejak Khamis, kata pihak berkuasa.

    TV negara juga mengatakan beberapa penunjuk perasaan mengucapkan nama shah Iran, yang melarikan diri dalam pembuangan sebelum Revolusi Islam 1979.

    Ramai di Iran mengikuti perkembangan protes dan berkongsi imej melalui Telegram, aplikasi mesej telefon mudah alih yang popular di kalangan 80 juta penduduk negara itu.

    Menteri Telekomunikasi Iran Mohammad Javad Azari Jahromi menulis kepada CEO Telegram, Pavel Durov pada Sabtu, mengeluh tentang satu saluran sembang yang ‘menggalakkan kebencian, menggunakan koktel Molotov, pemberontakan bersenjata dan kerusuhan sosial.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda