NAIROBI, KENYA, 16 OGOS – Sehari selepas pengisytiharan calon presiden Kenya, William Ruto menang dalam pilihan raya presiden yang sengit menentang tokoh pembangkang, Raila Odinga, Kenya kini dalam keadaan tenang.
Pilihan raya presiden tersebut menjadi perhatian di negara Afrika Timur yang mejadi kepentingan kepada kestabilan serantau.
Penyokong Odinga membuat bantahan secara besar-besaran di beberapa buah bandar selepas pengumuman kemenangan Ruto sebagai pemimpin baharu. Sementara itu, beberapa pesuruhjaya pilihan raya mendakwa proses undian dan kiraan itu tidak telus.
Pesuruhjaya-pesuruhjaya tersebut dilantik oleh Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta tahun lepas, bagaimanapun tidak mengulas lebih lanjut.
Odinga, 77, bertanding untuk jawatan presiden selama suku abad belum membuat sebarang kenyataan media. Pasukan kempen beliau akan mencabar keputusan pilihan raya di mahkamah.
Pengerusi suruhanjaya pilihan raya mengumumkan Ruto meraih hampir 50.5 peratus undi, manakala Odinga meraih kira-kira 49 peratus undi.
Sementara itu, pemerhati pilihan raya tempatan negara tersebut dijangka akan mengeluarkan keputusan kiraan rasmi yang dibuat oleh kumpulan tersebut.
Jumlah peratusan yang keluar mengundi adalah pada kadar 65 peratus, kebanyakannya meluahkan rasa kekecewaan berikutan kenaikan harga barang, kadar pengangguran
yang meningkat dan rasuah yang berleluasa.
Ruto berhadapan dengan pelbagai tuduhan rampasan tanah dan rasuah oleh badan antirasuah, namun beliau menafikannya. – AP
